Saturday 28 July 2012

Sentuhan Karya Pertamaku......

Sentuhan Karya Pertamaku

Rasa malu sebenarnya untuk mempamerkan hasil karya pertama. Hatiku mangatakan ia teruk sekali. Tetapi bila difikirkan semula,tidak salah andainya aku berkongsi karya bersama rakan-rakan. Oleh itu, aku gagahkan diri untuk 'post' lukisan ini. Aku langsung tiada pengalaman dalam dunia pendidikan seni. Semasa di sekolah dulupun, aku pelajar aliran Sains Tulen. Biologi, Fizik, Kimia biasalah bagiku. Ijazah ku pula dalam Sains Komputer. Tup tup hendak bergelar cikgu Pendidikan Seni.

Namun, aku bersyukur dengan rezeki yang diberi. Sedikit sebanyak timbul minat dalam bidang seni walaupun masih banyak yang perluku asah kerana sebetulnya diri ini tidak sekreatif rakan-rakan dan guru seni yang lain.

Karya pertamaku ialah pemandangan di tepi sungai pada waktu senja. Aku gabungkan kaedah montaj, catan 1 titik dan montaj. Aku habiskan masa berhari-hari untuk menyiapkan tugasan ini. Diharapkan aku dapat menghasilkan karya yang jauh lebih baik pada masa akan datang. Doakan kejayaanku untuk menjadi seorang guru Pendidikan Seni.

0 comments:

Post a Comment